Monday, September 20, 2010

Perdana Menteri Malaysia Keenam

Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak


YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai, 1953) merupakan Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein.
Isteri keduanya ialah Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat tiga anak lelaki, Nizar (lahir 1978), Nazifuddin dan Norashman, dan dua anak perempuan, Puteri Norlisa dan Nooryana Narjawa. Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar merupakan isteri pertamanya dan mendapat 3 anak.

Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern diWorchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Mudadengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.


Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.


Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagaiTimbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
  • 1978-1980 – Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
  • 1980-1981 – Timbalan Menteri Pendidikan
  • 1981-1982 – Timbalan Menteri Kewangan
  • 1982-1986 – Menteri Besar Pahang
  • 1986-1987 – Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
  • 1990-1995, 1999-2008 – Menteri Pertahanan
  • 1995-1999 – Menteri Pendidikan
Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.
Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.
Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.
Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia Kelima

Tun Abdullah




Tun Abdullah Ahmad Badawi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Istana Negara, pada 31 Oktober lalu.
Upacara dimulakan dengan lagu NegaraKu, diikuti dengan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan yang disusuli Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh beliau sebagai Perdana Menteri.Kemudian Tun Abdullah, 64, menandatangani keempat-empat Suratcara Pelantikan yang disusuli dengan bacaan doa selamat. Seterusnya, keempat-empat Suratcara Pelantikan itu ditandatangani Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim sebagai saksi sebelum diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman.Turut hadir Tun Dr Mahathir serta isteri, hadir sama pada majlis itu Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.Sebaik istiadat selesai, Tun Dr Mahathir serta isteri meninggalkan Istana Negara sambil diikuti oleh Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isterinya. Kedua-dua mereka kemudian ke Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya untuk upacara simbolik serah tugas jawatan Perdana Menteri.Upacara penyerahan tugas itu berlangsung di Tingkat 5, Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra berkubah hijau yang menjadi mercu tanda Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Dalam upacara itu, Tun Dr Mahathir menyerahkan fail meja sebagai tanda penyerahan tugas dan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri kepada Tun Abdullah sambil disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara.Tun Abdullah secara rasmi mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berundur daripada jawatan yang disandangnya itu selama 22 tahun.Tun Abdullah dilahirkan di Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 26 Nov 1939, anak sulung kepada pasangan guru agama dan ahli politik Ahmad Badawi dan Kailan Hassan.Beliau memula kerjayanya dalam perkhidmatan awam pada pertengahan 1964 apabila dilantik Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam.Berkahwin dengan Datuk Seri Endon pada 4 September 1965 dan mereka dikurniakan dua orang anak, Kamaluddin dan Nori, serta empat orang cucu.Pada pilihan raya 1978, beliau memenangi kerusi Parlimen kawasan Kepala Batas, kawasan yang diwakilinya sehingga sekarang.Pada 1984, beliau dilantik menjadi Menteri Pelajaran sebelum memegang jawatan Menteri Pertahanan dari 1986 hingga 1987. Tun Abdullah menyandang jawatan Menteri Luar dari 1991 hingga 1999 sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada 10 Disember 1999

Perdana Menteri Malaysia Keempat

Datuk Seri Dr.Mahathir 


DATUK Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Bapanya, Mohamad bin Iskandar adalah guru bahasa bahasa Inggeris dan guru besar pertama sekolah Inggeris di Alor Setar. Dr. Mahathir adalah anak bongsu dari sembilan adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak dan seterusnya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Pada tahun 1948, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya Singapura dan lulus dengan Ijazah MBBS pada tahun 1953. Setelah lulus, Dr. Mahathir menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang dan kemudiannya bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar, Pulau Langkawi dan Perlis. Pada tahun 1957, beliau meninggalkan perkhidmatan perubatan dan membuka kliniknya sendiri yang dikenali sebagai MAHA Klinik di Alor Setar dan merupakan klinik anak Melayu yang pertama di bandar itu. Penglibatan Dr. Mahathir dalam politik bermula pada tahun 1945 apabila beliau aktif dalam dalam beberapa kesatuan antaranya Saberkas, Kesatuan Pemuda Melayu Kedah dan akhirnya dalam UMNO. Dr. Mahathir buat pertama kalinya bertanding dan memenangi pilihan raya umum sebagai calon Perikatan bagi Kawasan Parlimen Kota Setar Selatan pada tahun 1964. Pada pilihan raya umum 1969 yang mencetuskan rusuhan kaum, Dr. Mahathir tewas di tangan calon PAS. Beliau seterusnya dipe- cat dari UMNO kerana perselisihan pendapat dengan pucuk pimpinan UMNO. Pada masa ini beliau telah menghasilkan bukunya The Malay Dilemma bagi menerangkan masalah orang-orang Melayu dalam konteks perpaduan negara. Beliau diterima semula menyertai UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik menjadi Ahli Dewan Negara pada tahun 1973. Dalam pilihanraya 1974, beliau bertanding di Kawasan Parlimen Kubang Pasu atas tiket Barisan Nasional dan menang tanpa bertanding. Berikutan dengan kemenangan itu, Dr. Mahathir dilantik menjadi Menteri Pe- lajaran oleh Tun Abdul Razak. Sepanjang menjadi Menteri Pendidikan, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi pertama Majlis Pelajaran Tinggi yang ditubuh pada 1966 seterusnya sebagai Ahli Majlis Penasihatan Pelajaran Tinggi dan juga pernah menjadi Ahli Universiti Court, Universiti Malaya. Apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia pada awal tahun 1976, Tun Hussein Onn yang menjadi Perdana Menteri Malaysia melantik Dr. Mahathir sebagai timbalannya. Walaupun mejadi Timbalan Perdana Menteri, tugas beliau sebagai Menteri Pelajaran dikekalkan dan pada 1978 beliau bertugas sebagai menteri di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Berikutan peletakan jawatan Tun Hussein sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981, Dr. Mahathir yang pada ketika itu menang kerusi Timbalan Presiden UMNO, secara automatik menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat. 

Wednesday, September 1, 2010

Perdana Menteri Malaysia yang Ketiga

Tun Hussein Onn

TUN Hussein bin Onn dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru dan merupakan anak sulung kepada Dato Onn bin Ja'afar, pengasas parti UMNO. Mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran menengahnya di English College, Johor Bahru. Selepas tamat persekolahan pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor. Pada awal tahun 1941, beliau dihantar ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau bergiat aktif dalam pasukan keselamatan dengan menyertai Regimen Hydrabad Ke-19 di India dan bertugas di Timur Tengah ketika Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1946 beliau kembali ke Malaya dan menjadi pegawai tadbir di bawah kerajaan British. Ketika itu British sedang mengemukakan rancangan Malayan Union dan bapanya sendiri memainkan peranan penting rancangan penjajah itu dengan menubuhkan UMNO. Hussein telah menyertai perjuangan bapanya dan mula bergiat aktif dalam politik ketika penentangan terhadap Malayan Union memuncak. Datuk Onn telah memberikannya tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan seterusnya dalam tahun 1950 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO. Hussein keluar dari UMNO mengikut bapanya, setelah tercetus satu krisis dalam parti pada bulan Ogos 1951.  Pada tahun 1968 atas desakan Tun Abdul Razak, Hussein kembali menyertai UMNO. Pada bulan Jun 1969 beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan pada tahun yang sa- ma beliau telah memenangi pilihan raya umum di kawasan Parlimen Johor Bahru Timur dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 22 September 1970. Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan tempat Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia. Beliau juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam. Pada 14 Januari 1976, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia Ketiga menggantikan Tun Abdul Razak yang telah meninggal dunia. Berikutnya, beliau mengumumkan satu kabinet baru yang agak memeranjatkan, di mana peluang-peluang yang luas diberi kepada tokoh-tokoh muda dalam UMNO untuk memegang jawatan-jawatan penting. Beliau juga telah memilih Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai timbalannya. Atas sebab-sebab kesihatan beliau mengambil keputusan untuk bersara dan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 16 Julai 1981. Tempat beliau diserahkan kepada Dr. Mahathir Mohamad. 


Perdana Menteri Malaysia yang Kedua

Tun Abdul Razak

TUN Abdul Razak bin Datuk Hussein dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Beliau dibesarkan oleh datuknya di Kampung Jambu, Langgar, Pekan Pahang dalam suasana kampung yang penuh disiplin. Di Sekolah Melayu kampung inilah Abdul Razak mendapat pendidikan awal. Beliau terpaksa berulang-alik sejauh empat batu dengan berjalan kaki dari rumah ke sekolah. Beliau kemudian dihantar ke Maktab Melayu Kuala Kangsar dan melanjutkan pengajiannya di Raftles College Singapura. Beliau juga berjaya menamatkan pengajian undang-undang di Lincoln's Inn, London hanya dalam tempoh lapan belas bulan.  Semasa di London, Tun Razak mendalami bidang politik di samping aktif dalam kegiatan-kegiatan pelajar. Beliau telah menubuh kan Malayan Forum yang dipengaruhi oieh Parti Buruh British untuk memberi kesedaran politik kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Beliau terpaksa kembali ke tanahair dan memberhentikan pelajaran lanjutannya kerana kematian bapanya pada bulan April 1950. Sekembalinya ke tanahair, beliau berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Pahang sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan dan dua tahun kemudian beliau dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Kejayaan beliau dalam perkhidmatan awam ini selari dengan penglibatan beliau dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Empat bulan selepas menganggotai UMNO, beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO. Ini diikuti pula dengan pelantikannya sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Undangan Persekutuan pada I Februari 1951. Dalam tahun 1951 apabila Tunku Abdul Rahman menjadi Yang Dipertua UMNO, beliau yang berumur 29 tahun dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua. Tun Abdul Razak juga menjawat jawatan Pemangku Menteri Besar Pahang selama beberapa bulan pada tahun 1955. Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan dan usianya 35 tahun, Razak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga lebih 13 tahun. Beliau juga pernah memegang beberapa portfolio termasuk Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Tun Abdul Razak telah pulang ke rahmatullah pada 14 Januari l976 di London ketika usianya menjelang 54 tahun.